Selamat Datang

eKhairat Surau al-Hidayah, Bandar Saujana Putra.

Memo 2024/2025

Perubahan Manfaat Polisi Badan Khairat Kematian (BKK SAHBSP) Tahun 2024-2025 Surau al-Hidayah Bandar Saujana Putra

Maklumat Penting

KELUARGA
AHLI
TELAH DIURUSKAN
K
JUMLAH KUTIPAN

Syarat Penyertaan Badan Khairat Kematian Surau al-Hidayah(BKKSAH), Bandar Saujana Putra.

Sumbangan yuran tahunan tetap 1 keluarga
RM 50.00 ( suami , isteri-1 & anak-anak sahaja ).
Kaedah pilihan sumbangan
RM 50.00 - setahun sekali
RM 100.00 - 2 tahun sekali.
Syarat-syarat Penyertaan
  • Warganegara Malaysia.
  • Terbuka kepada orang Islam yang bermastautin di dalam qaryah surau-surau & Masjid sekitar Bandar Saujana Putra dan Bandar Rimbayu.
  • Seorang ahli dimestikan membayar yuran penyertaan dan pembaharuan setiap tahun mengikut tempoh yang akan ditetapkan yang kebiasaan bermula pertengahan bulan September hingga Disember . Pengumuman akan dibuat melalui sosial media dan banner-banner untuk makluman seluruh ahli qaryah.
  • Terbuka kepada orang Seorang ahli dimestikan membayar yuran penyertaan dan pembaharuan setiap tahun mengikut tempoh yang akan ditetapkan yang kebiasaan bermula pertengahan bulan September hingga Disember . Pengumuman akan dibuat melalui sosial media dan banner-banner untuk makluman seluruh ahli qaryah.
  • Keahlian khairat kematian wajib/perlu diperbaharui setiap tahun apabila tamat tempohnya ( 01 Januari sehingga 31 Disember )
  • Kaedah pendaftaran dan bayaran secara ONLINE @ atas talian yang dibuat sendiri oleh ahli telah pun di laksanakan sejak tahun 2021 akibat pandemik Covid.19 dan akan terus digunakan pada masa akan datang.
Chrome

Maklumat Kematian

Kelebihan BKKSAH

Alhamdulillah BKKK Surau Al Hidayah Bandar Saujana Putra (SAHBSP) bersepakat meneruskan tabung khairat kematian untuk kali -2 bersama dengan seluruh qaryah BSP berdasarkan konsep takaful & taawun. Pengurusan jenazah serta pampasan manfaat kematian akan di uruskan sendiri oleh pasukan BKKK SAHBSP yang bernaung di bawah Surau Al Hidayah.

Fardhu Kifayah

Melaksanakan tuntutan fardhu kifayah kepada seluruh ahli qaryah Bandar Saujana Putra & Bandar Rimbayu..

Organisasi Badan Khairat

Mewujudkan satu organisasi badan khairat yg tersusun, cekap & berintegriti.

Pusat Kebajikan dan Perkhidmatan

Menjadikan surau Al Hidayah sebagai pusat pembudayaan kerja-kerja kebajikan dan perkhidmatan kepada masyarakat sekitar

iphone 2

Takaful dan Taawun

Membantu meringankan bebanan waris dengan konsep Takaful serta taawun dan pengurusan jenazah yang lebih efisyen.

Efisyen dan Produktif

Menguruskan tabungan ahli & jenazah ke arah yg lebih efisyen dan produktif.

Visi

Memantapkan institusi Surau sebagai Pusat Modal Insan Masyarakat.

CARTA ORGANISASI

Semak Keahlian

SOALAN & JAWAPAN

Berapakah Sumbangan Yuran Tahunan Tetap bagi 1 Keluarga?
Apakah kaedah sumbangan BKKSAH?
Bagaimana cara untuk saya mendaftar sebagai ahli BKKSAH?
Di manakah perlu menghantar borang wang sumbangan BKKSAH(Bagi Sumbangan Cash)?
Bilakah tarikh akhir penyerah borang pendaftaran ahli baru dan penyerahan wang sumbangan BKKSAH?